Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts
Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts

Tuesday, April 27, 2010

Maaf dipinta kepada yang berkenaan~

Aku manusia yang banyak kelemahan..
Aku manusia yang banyak kesalahan..
Aku Manusia yang banyak Khilafnya..

Aku Hanyalah insan biase..

Kadang kala disukai..

Kadang kala dibenci..

Dan segelintir mungkin membenci sampai mati~

Aku sedar Kesilapan ku..yang mungkin tidak boleh ditarik balik..

Benda yang telah terjadi..yang sememangnya telah tertulis..

Aku terpaksa redha...Mungkin ada hikmah disebaliknya..

Sekurang-kurangnya maafkan lah..Itu sahaja yang aku harapkan~..

Aku bukan berniat jahat atau buruk..Aku Hanya ingin berkawan dengan semua org..

Sememangnya aku tau bagaimana rasa hati disakiti..ya, aku tau memang pedih..!!

Jahilnya aku dulu menghancurkan hak peribadi seseorang yang bergelar insan..

Kini aku faham..Setiap org ada Hak keperibadiannya yang tersendiri yang diberi oleh Tuhan

Tidak boleh dijajah dengan sewenang-wenangnya..

Tidak walaupun sekali~

Aku insan yang banyak kelemahan..
Aku insan yang banyak kesalahan..
Aku insan yang banyak khilafnya..

Kini aku sedar..tidak mungkin akan berlaku lagi perkara sebegini dalam hidupku..

Sekali lagi pintaku kepada insan yang berkenaan..Maafkan lah~

Tidak guna membenci..
Kalau dendam dipertaruhkan..

Tidak guna mencaci maki..
Jika iri hati di ikutkan...

Kelak pasti akan merugikan..

Salam kemaafan Dariku~

-EnD-

Saturday, April 10, 2010

Lupakan Saja Orang Yang Tak Sudi

Memanglah sukar untuk melupakan seseorang yang kita cintai sepenuh hati. Tiada seorang pun manusia yang akan dapat semua yang diingini di dalam hidupnya. Walaupun pedih, tetapi kita sebagai manusia biasa terpaksa menerima dengan hati yang reda. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Cuma cara kita diuji dan menanganinya sahaja yang berbeza.


Jika orang dah tak sudi, jauhkanlah diri daripadanya. Janganlah menyeksa diri sendiri kerana bila kita semakin dekat dengan orang yang kita cintai, kita akan semakin menderita. Anggaplah apa yang terjadi sebagai satu pengajaran.

Mungkin dulu kita pernah menyakiti hati orang lain.Sedarlah apa yang pernah kita lakukan pada orang lain walaupun bukan orang yang sama membalasnya pada kita, tetapi balasan daripada Tuhan tetap ada dalam pelbagai cara. Mungkin dengan cara ini sahaja dapat menginsafkan kita supaya tidak mempermainkan perasaan orang lain pada masa depan.

Kadang-kadang kita rasa, inilah cinta kita yang sejati. Tetapi kita hanya sedar selepas kehilangan orang yang kita cintai.

Oleh kerana ego terlalu tinggi kadang-kadang susah untuk kita menerima hakikat bahawa kita sudah tidak dicintai lagi. Merasakan kita masih dicintai kadang-kadang hanyalah andaian serta mainan perasaan untuk menyedapkan hati sendiri.

Semua yang berlaku adalah ujian Tuhan. Jangan ikutkan perasaan kecewa, walaupun tiada jodoh, berdoalah semoga dia hidup bahagia walau dengan siapapun dia bersama. Itu pun salah satu cara menunjukkan rasa cinta kita kepada seseorang.

Kita tidak mampu untuk menolak takdir yang telah ditentukannya. Berserahlah pada Yang Maha Esa, itulah yang sebaik-baiknya ~~

-EnD-

Saturday, February 20, 2010

Dasar Pandang Kehadapan

Setelah Pelbagai rintangan dan cabaran..
Setelah Pelbagai dugaan dan Ujian..
Kesalahan serta Kegagalan..

Pengalaman telah mengajar ku erti kedewasaan..

Kedewasaan membuatkan ku sentiasa berjalan kehadapan..

Tidak mungkin Ku Berpatah balik..
Tidak mungkin Ku Menoleh Ke belakang..

Ku Tetap Dengan Dasar ku..
Dasar Pandang Kehadapan ku..

Bangkitlah Semangat..
Jadikan Sejarah Pemangkin Kegemilangan masa Hadapan..

-EnD-

Monday, May 25, 2009

Are You Going To Finish Strong?




This Video really give me a very good inspiration in life..

Don't Give up to go back up when you fall down..

So...

The Conclusion is..

Find it your Self ya...

-EnD-

Friday, March 27, 2009

Aku Kau Berbeza..


(Sekadar Hiasan)

Aku dan kau tidak sama..

Aku dengan pemikiran ku...
Aku dengan kritikan ku..
Aku dengan pandangan ku..
Aku dengan kata-kata ku..

Mungkin ada yang sama..
Dari segi objektif..tetapi perspektif yang berbeza..
Begitu juga sebaliknya..

Jangan samakan aku dan kau..

Kritikan ku mungkin berbisa..
kerana pendapat kita adalah berbeza..

Kata-kata ku mungkin pedas..
kerana pemikiran kita tidak sama..

Aku bercakap atas dasar diriku..
Aku menulis atas dasar fikiran ku..

So..jangan salahkan aku kalau apa jua pandangan-pandangan aku membuatkan korang jelik sama aku..benci sama aku..aku tak kisah..

Hakikatnya..
Aku kau berbeza..
-EnD-

Tuesday, March 24, 2009

-:- Renungkan Seketika -:-

Jika kamu memancing ikan....

Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu..

Terimalah ikan itu sebagai rezki dari yang Maha Esa dan bersyukurlah..

Janganlah sesekali kamu Lepaskannya semula begitu sahaja....

Kerana ikan itu pasti akan merasai Kesakitan oleh kerana bisanya tusukan mata kail yang merobek mulutnya

Mungkin ia akan Menderita selagi ia masih hidup..

Seumpamalah juga ..

Setelah kamu memberi banyak Pengharapan kepada seseorang...

Setelah dia mulai menyayangi mu, hendaklah kamu menjaga hatinya..

Janganlah sesekali kamu membiarkannya begitu sahaja..

Kerana dia akan Terluka dan Terpaksa menanggung Kesakitan disebabkan oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat Melupakan segalanya selagi dia mengingati mu..


======================================


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh..

Cukuplah sekadar keperluanmu..

Apabila sekali ia retak..

Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..

Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu memperbaikinya ia masih boleh digunakan lagi..

Seumpamalah juga..

Jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya..

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..

Anggaplah dia hanya insan biasa

Apabila sekali dia melakukan kesilapan mungkin tidak mudah bagi mu untuk menerimanya..

Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya..

Sedangkan jika kamu memaafkannya hubungan kamu akan terus berkekalan..

Ketahuilah, sedangkan Nabi S.A.W memaafkan umat inikan kita insan biasa..

=======================================

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti akan mengenyangkan..

Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain..??

Kerna terlalu ingin mengejar kelazatan dan kenikmatan..?

Lambat laun, nasi itu akan basi dan kamu tidak akan memakannya..

Akhirnya dirimu akan menyesal..

Seumpamalah juga..

Jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa kebaikan dan kebahagiaan kepada dirimu...

Menyayangi dirimu sepenuh hati dan ikhlas mengasihi mu..

Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan orang lain..??

Terlalu menginginkan Kesempurnaan.??

Kelak, Pasti kamu akan Kehilangannya

Bila dia tiada di depan mata..barulah kamu tahu ianya amat berharga..

Dan apabila dia menjadi milik orang lain..

Akhirnya, Dirimu berada didalam penyesalan...

-EnD-

Rejected

Have yer ever been rejected..??huuuu..surely..memang feel like Hell...but hey..maybe they have a reason doin such a d**n thing..hummm..but "success comes to those who never give up"..huaaa..skeny aku ayat nie...rse cam bersemangat balek bile bace..hahaha..sory Mrs Saiffah..kerna menciplak ayat kamuh...ehee...so sesape yang rase diri mereke direject, diblacklist, ditendang or diwateverlah..please don't givup..and one thing..Bile kite ikhlas..pasti akan dibantu oleh yang maha esa..renung²kan lah yew..
-EnD-