Tuesday, March 24, 2009

-:- Renungkan Seketika -:-

Jika kamu memancing ikan....

Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu..

Terimalah ikan itu sebagai rezki dari yang Maha Esa dan bersyukurlah..

Janganlah sesekali kamu Lepaskannya semula begitu sahaja....

Kerana ikan itu pasti akan merasai Kesakitan oleh kerana bisanya tusukan mata kail yang merobek mulutnya

Mungkin ia akan Menderita selagi ia masih hidup..

Seumpamalah juga ..

Setelah kamu memberi banyak Pengharapan kepada seseorang...

Setelah dia mulai menyayangi mu, hendaklah kamu menjaga hatinya..

Janganlah sesekali kamu membiarkannya begitu sahaja..

Kerana dia akan Terluka dan Terpaksa menanggung Kesakitan disebabkan oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat Melupakan segalanya selagi dia mengingati mu..


======================================


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh..

Cukuplah sekadar keperluanmu..

Apabila sekali ia retak..

Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..

Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu memperbaikinya ia masih boleh digunakan lagi..

Seumpamalah juga..

Jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya..

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..

Anggaplah dia hanya insan biasa

Apabila sekali dia melakukan kesilapan mungkin tidak mudah bagi mu untuk menerimanya..

Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya..

Sedangkan jika kamu memaafkannya hubungan kamu akan terus berkekalan..

Ketahuilah, sedangkan Nabi S.A.W memaafkan umat inikan kita insan biasa..

=======================================

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti akan mengenyangkan..

Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain..??

Kerna terlalu ingin mengejar kelazatan dan kenikmatan..?

Lambat laun, nasi itu akan basi dan kamu tidak akan memakannya..

Akhirnya dirimu akan menyesal..

Seumpamalah juga..

Jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa kebaikan dan kebahagiaan kepada dirimu...

Menyayangi dirimu sepenuh hati dan ikhlas mengasihi mu..

Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan orang lain..??

Terlalu menginginkan Kesempurnaan.??

Kelak, Pasti kamu akan Kehilangannya

Bila dia tiada di depan mata..barulah kamu tahu ianya amat berharga..

Dan apabila dia menjadi milik orang lain..

Akhirnya, Dirimu berada didalam penyesalan...

-EnD-

0 Komen Korang: